Selamat datang ke bahagian Soalan Lazim kami. Di sini anda akan menemui jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan kami. Jika anda tidak menemui apa yang anda cari, sila hubungi kami secara langsung.
JPJePlate ialah plat nombor yang direka khas di bawah inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk merevolusikan industri pengangkutan. Matlamat utamanya adalah untuk menyeragamkan reka bentuk nombor plat kepada semua populasi kenderaan motor dan meningkatkan keselamatan di jalan raya.
Plat nombor JPJePlate adalah bertujuan untuk:
Terdapat sembilan (9) ciri-ciri yang ada pada plat nombor JPJePlate iaitu:
Teknologi RFID ini menggunakan:
Fasa pertama pelaksanaan penggunaan plat nombor JPJePlate ini akan dimulakan dengan Kenderaan Motor Tiada Pelepasan Gas Pencemaran ZEV (Zero-Emission Vehicle) iaitu kenderaan elektrik (ZEV) selain motosikal yang dikuasakan sepenuhnya oleh sumber elektrik menggunakan bateri elektrik (Plug-in EV/Battery Cell) atau menggunakan sumber hidrogen menguasakan bateri elektrik (Hidrogen. Fuel-Cell EV) secara National Roll Out (NRO).
Pelaksanaan seterusnya yang akan diperluaskan kepada jenis kenderaan lain akan dimaklumkan kelak.
Syarikat yang dilantik untuk mengendalikan pembekalan dan pesanan nombor plat JPJePlate adalah Handal Ceria Sdn.Bhd.
Pembekalan plat nombor JPJePlate dimulakan sebagai “Pilot Project” oleh syarikat Handal Ceria Sdn.Bhd. menumpukan penggunaan dan pemasangan kepada kenderaan elektrik yang baru ZEVs (Zero-Emission Vehicles) untuk pelaksanaan fasa pertama.
Pemilihan hanya satu syarikat pada fasa ini adalah untuk memastikan pelaksanaan yang lebih teratur dan terkawal sebagai langkah praktikal MOT dan JPJ untuk bekerjasama bagi mempermudahkan proses dan menangani sebarang isu yang mungkin timbul.
Pelaksanaan ini akan diperluaskan kepada semua jenis kenderaan pada fasa seterusnya dan pertambahan syarikat pembekal akan dipertimbangkan.
Pendaftaran untuk plat nombor JPJePlate hanya dibuka kepada pengedar kenderaan berdaftar, OEM, dan kedai aksesori sebagai Pemasang Sah. Pemasang Sah ini boleh membuat pesanan dan mengatur pemasangan plat nombor JPJePlate bagi pihak pelanggan mereka.
Untuk menjadi rakan pemasangan sila ikuti tiga (3) langkah yang berikut:
Langkah 1: Daftar sebagai pengguna di https://app-jpjeplate.jpj.gov.my/d/register-interest..
Langkah 2: Sesi latihan untuk pemasangan/penggunaan sistem JPJePlate.
Langkah 3: Selepas selesai latihan, Pemasangan Sah akan menerima akses untuk menggunakan sistem JPJePlate melalui laman web https://jpjeplate.jpj.gov.my atau klik JPJePlate.
Keselamatan maklumat pengguna yang didaftarkan di sistem JPJePlate adalah tanggungjawab pengguna itu sendiri. Sekiranya berlaku pendaftaran tanpa pengetahuan, disarankan pengguna tersebut membuat laporan polis dan menghantar salinan kepada pihak kami melalui e-mel supportjpjeplate@jpj.gov.my untuk tindakan selanjutnya.
Nota : Proses ini hanya untuk Pemasang Sah Sahaja.
Hanya maklumat pembaharuan e-mel, alamat dan nombor telefon sahaja yang boleh dikemaskini di menu profil pengguna sistem JPJePlate. Sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi yang lain, pengguna boleh menghantar maklumat berkenaan melalui e-mel supportjpjeplate@jpj.gov.my untuk kemaskini maklumat tersebut.
Nota : Proses ini hanya untuk Pemasang Sah Sahaja.
Untuk pengalaman pelayaran yang terbaik dan prestasi yang optimum semasa menggunakan sistem pesanan JPJePlate, disarankan untuk menggunakan versi terkini bagi pelayar web berikut:
Pastikan pelayar anda dikemas kini kepada versi terbaru untuk memanfaatkan ciri-ciri terkini dan kemas kini keselamatan. Menggunakan pelayar yang lapuk atau tidak disokong mungkin menyebabkan isu keserasian dan pengalaman pengguna yang kurang memuaskan.
Pengguna disarankan untuk menggunakan versi terkini browser dengan rangkaian internet yang stabil. Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila emel kepada kami di supportjpjeplate@jpj.gov.my untuk sokongan lanjut
Plat nombor JPJePlate berharga RM98/set. Setiap set mengandungi:
Jika plat nombor JPJePlate anda hilang, dicuri, atau rosak, anda boleh membuat pesanan baru untuk membeli penggantian secara berasingan. Kadar adalah seperti berikut:
Untuk plat nombor JPJePlate yang hilang atau dicuri: Anda perlu mengemukakan laporan polis sebagai sebahagian daripada proses penggantian.
Untuk plat nombor JPJePlate yang rosak: Anda perlu mengemukakan gambar kerosakan untuk mengesahkan keadaan plat sebelum proses penggantian dijalankan.
Anda boleh membuat pembayaran menggunakan:
Nota : Proses ini hanya untuk Pemasang Sah Sahaja.
Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan pembayaran, sila hubungi supportjpjeplate@jpj.gov.my.
Bagi pemilik kereta ZEVs (Zero-Emission Vehicles), proses untuk mendapatkan plat nombor JPJePlate adalah seperti berikut:
Sila kemukakan dokumen sokongan berikut:
Untuk kereta ZEVs (Zero-Emission Vehicles) yang didaftarkan pada atau selepas 9 September 2024:
Untuk kereta ZEVs (Zero-Emission Vehicles) yang didaftarkan sebelum 9 September 2024:
Anda disarankan untuk membuat pesanan sekurang-kurangnya lima (5) hari sebelum penghantaran kenderaan untuk memastikan proses dan penghantaran yang tepat pada masanya.
Tidak. Pesanan yang telah lengkap dan selesai dibayar tidak boleh dibatalkan.
Bayaran pesanan tersebut tidak akan dipulangkan.
Untuk Pemilik Kereta EV
JPJePlate mesti dipasang oleh Pemasang Sah, pemilik kereta ZEVs (Zero-Emission Vehicles) tidak boleh membeli plat ini secara langsung.
Anda boleh menghubungi Pemasang Sah yang terdekat dengan anda untuk mendapatkan dan memasang JPJePlate. Pemasang Berlesen akan memberikan panduan mengenai jadual pemasangan dan proses pembayaran semasa di titik hubungan.
Untuk Pemasang Sah
Anda boleh memilih daripada kaedah berikut untuk penghantaran/ penerimaan pesanan anda:
Bil. | Kaedah Penghantaran/Penerimaan | Tempoh | Harga |
i) | Pegambilan sendiri
Collection point: Cyberjaya | Mengikut jadual yang dipaparkan pada sistem JPJePlate. | Termasuk dalam harga JPJePlate |
ii) | Express Delivery (Penghantaran On Demand)
Disediakan untuk Lembah Klang
(Penghantaran daripada Cyberjaya) | Cut off time: 10am
Sedia untuk dihantar pada jam 4.00 petang (hari yang sama) | Zon 1 Bawah 40KM: RM40.00
Zon 2 lebih dari 40km: RM60.00 |
iii) | Penghantaran Biasa (Standard ) | Semenanjung Malaysia: 1-2 hari bekerja
Sabah & Sarawak: 3-4 hari bekerja | Termasuk dalam harga JPJePlate |
Tempoh Pengeluaran:
Sila maklum bahawa setiap pesanan akan mengambil masa pengeluaran selama 2 hari bekerja sebelum dihantar untuk penghantaran.
Untuk Pemilik Kenderaan ZEVs (Zero-Emission Vehicles)
JPJePlate tidak tersedia untuk pembelian secara langsung, anda perlu menyemak dengan Pemasang Sah pilihan anda untuk kemas kini tentang temujanji pemasangan dan status pesanan anda.
Untuk Pemasang Berlesen
Anda boleh menyemak status penuh pesanan anda, termasuk transaksi pembayaran, persediaan penghantaran, dan penerimaan, melalui akaun pengguna anda di sistem pesanan JPJePlate.
Plat nombor JPJePlate bahagian hadapan dan bahagian belakang boleh dibezakan melalui ciri-ciri seperti gambar rajah di bawah:
Plat Nombor JPJePlate Hadapan
Plat Nombor JPJePlate Hadapan
Sila rujuk panduan pengguna yang telah disediakan di portal sistem pesanan JPJePlate.
Saiz plat dalam (mm) = 112.7 mm x 520.8 mm
Toleransi = +1 / -0.5 mm
Pelekat RFID cermin hadapan perlu dipasang di sudut kiri bawah cermin. Untuk “tint” cermin hadapan kenderaan anda, pastikan anda memotong segi empat tepat bersaiz 12cm (lebar) x 7cm (tinggi) disekitar kedudukan pelekat RFID cermin hadapan anda untuk memastikan pengenalan RFID yang diseragamkan dengan plat nombor JPJePlate anda berkesan.
Sila rujuk panduan pengguna yang telah disediakan
Boleh. Walau bagaimanapun, pelekat RFID yang dibekalkan dilengkapi dengan ciri keselamatan iaitu apabila ianya ditanggalkan ianya akan meninggalkan tanda “Void” dan fungsi RFID akan dinyahakitifkan. Sekiranya pelekat RFID tersebut telah rosak/hilang, gentian RFID tersebut boleh dipesan/dibeli semula secara berasingan dengan harga RM35.00.
Terdapat dua (2) kaedah untuk memasang plat nombor JPJePlate iaitu:
Kaedah 1: Anda boleh memasang plat nombor dengan skru keselamatan (disarankan); atau
Kaedah 2: Anda boleh memasang plat nombor JPJePlate menggunakan pemegang/bingkai plat.
Plat nombor yang dipasang dengan skru biasa mudah rosak/ditanggalkan/disalah gunakan/dicuri/perbuatan khianat dan lain-lain. Pemasangan plat nombor JPJePlate dengan menggunakan skru keselamatan boleh mengelakkan dan mengurangkan risiko yang tidak diingini oleh pemilik kenderaan.
Boleh. Walau bagaimanapun, apabila nombor plat JPJePlate yang dipasang dengan skru keselamatan dikeluarkan, satu-satunya cara adalah dengan pengeluaran skru keselamatan satu hala secara paksa, dan ini mungkin merosakkan plat tersebut.
Skru keselamatan direka dengan kaedah pemasangan yang unik yang memerlukan pemutar skru khas. Skru ini tidak boleh dikeluarkan dengan mudah tanpa memecahkan skru dan penutupnya, memastikan pemasangan yang selamat pada kenderaan.
Ya, skru keselamatan direka untuk pemasangan yang mudah dengan menggunakan pemutar skru khas.
Untuk menyelesaikan proses pengesahan, anda diminta untuk menghantar tiga (3) gambar sebagai bukti pemasangan dan dihantar melalui akaun pengguna masing-masing untuk pengesahan. Gambar yang dimaksudkan ialah:
Ya, plat nombor JPJePlate datang dengan jaminan yang memenuhi piawaian antarabangsa, khususnya ISO 7591 dan piawaian Jerman DIN 74069, yang bermula dari tarikh pengeluaran.
Jaminan ini meliputi perkara berikut:
Liputan Jaminan
Tempoh jaminan akan bermula dari tarikh JPJePlate dipasang sepenuhnya pada kenderaan anda oleh pusat pemasangan berlesen, pengedar kenderaan, atau rakan penjual, mengikut yang berkenaan.
Apa yang Tidak Diliputi oleh Jaminan
Jaminan ini tidak akan terpakai jika JPJePlate:
Jika anda adalah Pemasangan Sah dan telah terlupa kata laluan anda, anda boleh menetapkan semula kata laluan dengan nombor telefon yang didaftarkan menggunakan langkah-langkah berikut:
Nota : Proses ini hanya untuk Pemasang Sah Sahaja.
Sila emel kami di supportjpjeplate@jpj.gov.my
Panduan Pengguna, yang merangkumi arahan mengenai cara menggunakan sistem pesanan JPJePlate serta butiran mengenai sebarang kemaskini atau perubahan sistem, boleh didapati di portal sistem pesanan JPJePlate.
Nota: Panduan Pengguna hanya terpakai untuk Pemasang Sah. Pastikan untuk menyemak portal sistem pesanan secara berkala untuk sebarang kemaskini atau versi baru panduan bagi memastikan anda sentiasa mendapat maklumat terkini.
Maklumat yang disediakan oleh Handal Ceria Sdn. Bhd. (“kami,” “kita,” atau “milik kami”) dalam bahagian Soalan Lazim ini (dikenali sebagai “Soalan Lazim”) adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Semua maklumat dalam Soalan Lazim disediakan dengan itikad baik, namun kami tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan, sama ada secara nyata atau tersirat, mengenai ketepatan, kesesuaian, kesahihan, kebolehpercayaan, ketersediaan atau kesempurnaan mana-mana maklumat dalam Soalan Lazim. Di bawah sebarang keadaan, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk yang dialami oleh anda akibat penggunaan dan/atau pergantungan anda terhadap maklumat yang terkandung dalam Soalan Lazim ini. Penggunaan dan/atau pergantungan anda terhadap mana-mana maklumat dalam Soalan Lazim ini adalah sepenuhnya atas risiko anda sendiri.
Ready to make a difference? Get all the latest news and information on anything EV today!
Untuk semua pertanyaan: support@jpj.jpjeplate.gov.my