Transformasi Jalan Raya Malaysia:

Ciri Ciri Yang Lebih Selamat & Pintar dengan JPJePlate

Ini adalah laman web rasmi untuk Rekaan Plat Khas JPJePlate, dibawah inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Tempah JPJePlate di sini untuk OEM, pengedar kereta, dan pemilik kedai aksesori:

Borang Log Masuk
👁️
Maklumat disahkan. Mengalih ke portal akaun..

Lupa kata laluan? Klik di sini

Untuk pemilik kereta ZEV: Hubungi Pemasang Sah yang berdekatan  dengan anda untuk beralih ke JPJePlate.

Untuk OEM, pengedar kereta, dan pemilik kedai aksesori kereta, klik di sini untuk mendaftar

Bagi pemilik kereta sedia ada, daftarkan minat di sini:

Bagi OEM, pengedar kereta, dan pemilik kedai aksesori kereta, klik di sini untuk mendaftar.

Ada akaun? Log masuk di sini

Malaysia adalah salah satu daripada

5% negara terakhir

yang masih menggunakan plat plastik (acrylic)

Penglihatan yang Kurang Jelas Meningkatkan Risiko Kemalangan Jalan Raya

Plat yang sukar dilihat boleh menyebabkan kemalangan. Plat retro reflektif yang jelas meningkatkan keselamatan dan memudahkan kenderaan dikenal pasti.

Plat Plastik (Acrylic) Terdedah Kepada Risiko Klon Nombor Kenderaan

Plat kenderaan dengan ciri-ciri keselamatan yang moden dan mematuhi piawai membantu melindungi pemilik kenderaan.

Tidak Standard dan Seragam

Kekurangan Penyeragaman dan Konsistensi Plat yang pelbagai menyebabkan kekeliruan dan isu penguatkuasaan. Plat piawai memastikan pengenalan kenderaan yang konsisten.

Penglihatan yang Kurang Jelas Meningkatkan Risiko Kemalangan Jalan Raya

Plat yang sukar dilihat boleh menyebabkan kemalangan. Plat retro reflektif yang jelas meningkatkan keselamatan dan memudahkan kenderaan dikenal pasti.

Plat Plastik (Acrylic) Terdedah Kepada Risiko Klon Nombor Kenderaan

Plat kenderaan dengan ciri-ciri keselamatan yang moden dan mematuhi piawai membantu melindungi pemilik kenderaan.

Kekurangan Penyeragaman dan Konsistensi

Plat yang pelbagai menyebabkan kekeliruan dan isu penguatkuasaan. Plat piawai memastikan pengenalan kenderaan yang konsisten.

Mengapa JPJePlate Adalah Penyelesaian

Dengan teknologi yang kita miliki, sudah tiba masanya untuk kita menerima:

Keselamatan Tiada Tandingan, Penglihatan Malam yang Dipertingkatkan & Teknologi yang Sedia untuk Masa Depan.

Tarik dari kanan ke kiri untuk membandingkan
Plat Lama dan Plat JPJePlate yang baru

Manfaat JPJePlate

Ketenangan Minda

Langkah-langkah anti-pemalsuan yang canggih melindungi kenderaan anda daripada kecurian, menawarkan keselamatan yang lebih tinggi.

Jalan Raya yang Lebih Selamat

Plat ini mempu memberikan visual yang lebih baik dan meningkatkan keselamatan untuk anda memandu di waktu malam.

Integrasi Pintar

Dengan Kesediaan teknologi terkini, JPJePlate bersedia kepada integrasi kepada mana mana e-dompet.

Pakej JPJePlate Anda

Pelekat Pengenalan Berkuasa RFID

JPJePlate Baru

Skru Sehala Keselamatan yang Dipertingkatkan

Pratonton JPJePlate Anda

Ingin tahu bagaimana rupa kereta anda dengan JPJePlate? Masukkan nombor plat anda untuk mengetahuinya


Kongsi ke:
Car Plate Front

Dapatkan Plat JPJePlate

Untuk Pemilik Kereta EV

Daftarkan minat anda dengan mudah dan pasukan kami akan membimbing anda melalui langkah-langkah mudah untuk menaik taraf kepada JPJePlate.

Kereta FEV yang dibeli sebelum 9 September 2024 perlu mendaftarkan minat untuk JPJePlate, JPJePlate akan dilaksanakan secara automatik kepada kereta FEV yang dibeli selepas 9 September 2024.

Untuk Pemilik Kereta ZEV:

Kereta ZEV yang didaftarkan selepas 9 September 2024: Semua kereta akan dipasang dengan JPJePlate, seperti yang diwajibkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

Kereta ZEV yang didaftarkan sebelum 9 September 2024: Sila hubungi Pemasang Sah terdekat untuk membuat temujanji bagi pemasangan JPJePlate pada kereta FEV anda. Senarai Pemasang Sah di Malaysia boleh didapati di sini.

Proses untuk Pemilik Kereta FEV (yang memiliki kereta sebelum 9 September 2024):

1
Cari Pemasang Sah terdekat untuk menukar plat kereta anda.
2
Hubungi Pemasang Sah untuk membuat temujanji bagi pemasangan.
3
Pemasang Sah akan memberikan harga yang merangkumi set JPJePlate berharga RM98 + harga pemasangan.
4
Setelah mencapai persetujuan harga, tetapkan tarikh dan masa pemasangan bersama pemasang.
5
Pasang JPJePlate baru pada kereta anda mengikut tarikh dan masa yang dipersetujui!

Untuk Pengedar Kereta

Sertai rangkaian kami sebagai Pemasang Sah JPJePlate. Hubungi kami di sini untuk mendaftar peluang perniagaan.

Soalan Lazim

1. Apakah itu JPJePlate?

JPJePlate ialah plat nombor yang direka khas di bawah inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk merevolusikan industri pengangkutan. Matlamat utamanya adalah untuk menyeragamkan reka bentuk nombor plat kepada semua populasi kenderaan motor dan meningkatkan keselamatan di jalan raya.

Plat nombor JPJePlate adalah bertujuan untuk:

  • Meningkatkan keselamatan jalan raya dengan peningkatan keterlihatan (reflektif retro) pada waktu malam. Ini adalah penting untuk memastikan keadaan pemanduan yang lebih selamat dan mengurangkan risiko kemalangan.
  • Mempunyai ciri-ciri untuk mencegah pemalsuan dan kecurian kenderaan.
  • Berfungsi sebagai pengenalan pertama untuk tindakan penguatkuasaan serta bantuan pantas pengguna jalan raya sekiranya berlaku kecemasan.
  • Pembolehubah untuk ekosistem Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang diintegrasi dengan RFID.

Terdapat sembilan (9) ciri-ciri yang ada pada plat nombor JPJePlate iaitu:

  • Bendera Malaysia;
  • Kod nombor pendaftaran kenderaan antarabangsa dan singkatan untuk negara Malaysia (MAL) yang dicetak timbul (embossed)
  • Warna disebelah kiri plat yang membezakan penggunaan bahan bakar kenderaan. Contoh: warna hijau untuk FEV
  • Jalur holografik;
  • Foil anti pemalsuan;
  • Tandatangan digital (Kod QR);
  • Nombor siri yang diukir dengan laser;
  • RFID terbenam; dan
  • Skru keselamatan untuk pemasangan.

Teknologi RFID ini menggunakan:

  • Kaedah canggih untuk melindungi data sensetif, sulit dan mencegah akses tanpa kebenaran. Cip RAIN RFID yang terbernam tersebut diintegrasi dan mengandungi nombor pengenalan yang disulitkan secara unik dan hanya boleh dibaca dengan pembaca peranti yang khusus
  • Sistem pemasangan unik dilengkapi dengan reka bentuk khas dengan skru keselamatan satu hala untuk keselamatan yang terjamin kerana sukar dikeluarkan.
  • Kebolehan menyahaktifkan sekiranya berlaku sebarang pengeluaran tanpa kebenaran, plat ini akan tidak dapat digunakan / dipindahkan kepada kenderaan lain.
  • Nombor Pendaftaran Kenderaan
  • Nombor siri yang tertera pada setiap plat nombor JPJePlate.

Ada Soalan?

Dapatkan RM20 KREDIT PENGECASAN EV PERCUMA dengan JPJePlate baru anda!

Muat turun aplikasi LUGO untuk mengesahkan butiran anda dan tebus kredit melalui kod promo yang boleh digunakan dalam aplikasi chargEV. Hanya pilih ‘Ganjaran Pengisian’ dalam aplikasi LUGO untuk memulakan penebusan!

Berhubung Dengan Kami

Untuk semua pertanyaan: support@jpj.jpjeplate.gov.my

Ada Soalan? Hubungi Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2024 JPJePlate